Siapa kita untuk sombong?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. واخفض جناحك لمن اتبعك من المؤمنين Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman." (Surah al-Syu'araa': 215) Wahai Muhammad Rasulullah, rendahkan sayapmu. Ini perintah Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW untuk merendahkan sayap sebagai simbol untuk bertawaduk. Gambar sekadar hiasan Kepada siapa nabi disuruh oleh Allah SWT untuk bertawaduk? Adakah orang yang lebih baik kepada Rasulullah SAW? Adakah kepada guru Rasulullah SAW? Adakah kepada sesiapa sahaja yang dimaksudkan dengan ayat tersebut. Walaupun beliau adalah أفضل الخلق أجمعين Rendahkan sayapmu kepada orang yang mengikut engkau daripada orang-orang yang beriman. Jangan takabbur dengan orang-orang yang beriman. Jika Rasulullah SAW disuruh oleh Allah SWT merendahkan sayap bertawaduk kepada semua orang yang beriman, tidak kira orang yang beriman itu, imannya tinggi at